Minggu, 28 Oktober 2018

Block 404 (2003) VCDRip

bolagalaxy'


Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda. Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh juga, hubungan mereka semakin. 

Lalu kembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial. Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang ‘pengaman’ hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan. 

Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ. Misha pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. Termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina. Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh ‘menjamu’ matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Duan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi semakan mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang kena menyebabkan sentiasa tak senang duduk. 

Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ. Lokasi rumah tamu yang terpencil dan di tepi sungai ditambah pula dengan ketenangan dekorasi di situ menjanjikan ketenangan pada sesiapa yang ada di situ. Zul, Intan dan Hairi yang melangkah ke rumah tamu itu pun jadi terpana. Rumah tamu itu turut mengamalkan konsep ‘disconnect to connect’ yang membawa maksud tiada kemudahan internet dan line telefon. 

Yang ada hanyalah alam untuk diterokai. Di saat itulah Zul terserempak dengan Gina yang sangat perlukan perhatian lelaki, dan terus mula saling menggoda. Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya. Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya. 

PengarahAzma Aizal Yusoof
PenerbitNurul Iman Abd. Rahman
PenulisAdza Emie
Dibintangi oleh
SinematografiMohd Shahreel Abu Bakar
Syarikat
produksi
DBI Entertainment
PengedarEmpire Film Solutions
Mula ditayangkan
28 Jun 2018
Tempoh tayangan
82 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SERVER QUALITY SIZE LINK
GOOGLE DRIVE VCDRIP 610MB DOWNLOAD
GOOGLE DRIVE VCDRIP 610MB DOWNLOAD

Next

Related


EmoticonEmoticon